Open Nav
AboutStoriesContact
About

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Stories

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Buy now

Jual Nasi Lemak, Penampilan Kak KM Terima Pujian Warganet – “Sopan & Manis Berbaju Kurung”

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM menjadi perhatian warganet apabila mengenakan baju kurung berwarna merah jambu di salah satu festival yang dijalankan di Morib, Banting.

View this post on Instagram

A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)

Menerusi perkongsian Kak KM di Instagram memaparkan dia dan suami, Razman Ramli menjual produk makanannya iaitu Nasi Lemak Mantan.

Bukan itu sahaja, Kak KM juga memberitahu Nasi Lemak yang dijual mendapat sambutan hangat dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang telah membeli makanannya itu.

“Alhamdulillah laris.

“Terima kasih ya Allah atas rezeki-MU. Cuaca baik sangat langsung tak hujan. Terima kasih warga Morib, Banting. Semua sporting. Esok last day datang okay ada Nasi Lemak Mantan,” tulis Kak KM.

Lawa Kak KM pakai baju macam ni. Bukan saja nampak sopan, tapi nampak slim.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji kecantikan Kak KM yang tampil sopan berbaju kurung dan ada juga yang teruja untuk merasai sendiri Nasi Lemak Mantan.

Related posts