Open Nav
AboutStoriesContact
About

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Stories

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Buy now

Khairul Aming Taja Penuh, Percutian Ke New Zealand Buat 5 Pembeli Terpantas Rendang Nyet

Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming mengumumkan hadiah istimewa sempena pelancaran produk ketiganya, Rendang Daging Nyet Berapi, yang dijual secara rasmi pada Jumaat ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Khairul Aming memberitahu lima individu terpantas membeli produk terbarunya akan dibawa bercuti ke New Zealand pada bulan Oktober.

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Lebih mengejutkan lagi, setiap pemenang dibolehkan membawa seorang lagi teman menjadikan jumlah keseluruhan seramai 10 orang. Segala kos ditanggung sepenuhnya termasuk tiket penerbangan dan perbelanjaan harian.

“Bulan 10 ini KA akan bawa lima orang pergi bercuti ke New Zealand dan korang boleh bawa plus one lagi,” katanya.

Berkongsi lanjut, Aming berkata South Island dipilih sebagai lokasi utama memandangkan ia merupakan salah satu tempat percutian paling cantik di negara itu.

“Untuk percutian ini, pertama sekali kita akan pergi ke South Island of New Zealand, salah satu tempat yang paling cantik.
“Dari segi aktiviti pula, sudah tentu bila bercuti dengan Khairul Aming, kita akan masak sama-sama nantilah. Sambil tengok langit biru, cantik,” ujarnya.

Selain itu, beliau menjelaskan percutian ini juga sekali gus dapat menjalin hubungan baik antara kedua belah negara selepas pertemuan dengan Perdana Menteri negara itu tahun lalu yang menjadi faktor pelan ini direalisasikan.

“Jadi percutian ini nak merapatkan lagi ukhuwah antara dua negara,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Khairul Aming mengejutkan pemintnya dengan kemunculan produk baharunya, Rendang Daging Nyet Berapi yang akan dijual secara langsung melalui TikTok pada 9 Ogos ini.

Sebanyak 70,000 unit akan dikeluarkan bagi pelancaran yang pertama ini.

Sumber: Instagram Khairul Aming

Related posts