Open Nav
AboutStoriesContact
About

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Stories

Place the content you want at the Dropdown without deleting its Mobile Nav Item

Buy now

Makanan Kegemaran Anak, Bapa Zulfarhan Tidak Sanggup Lihat Ikan Bawal & Kerepek Pisang.

Setelah tujuh tahun berlalu, ayah kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu bahawa dirinya tidak sanggup melihat ikan bawal yang merupakan lauk kegemaran anaknya.

Ibu kepada Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman, 59, berkata, ikan bawal merupakan menu wajib yang akan dimasak tatkala anak lelakinya itu pulang bercuti dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

View this post on Instagram

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Dalam pada itu, Hawa memberitahu suaminya cuba mengelak daripada menikmati roti canai atau membuat kerepek pisang yang juga menjadi makanan kegemaran Allahyarham Zulfarhan.

“Sehingga kini, ayahnya tidak boleh melihat ikan bawal. Saya ada cakap dengan dia, dah tujuh tahun berlalu. Kasihan adik-adiknya yang nak makan ikan tapi baru-baru ini ayah Allahyarham boleh terima.

“Macam roti canai arwah suka juga. Baru dua tiga tahun (makan). Kerepek pisang pula ayahnya buat sendiri setiap kali raya dan dia akan bawa pulang ke UPNM sebalang.

“Itupun ayahnya tak nak buat sehingga tahun ini, anak-anaknya merayu minta buatkan. Jadi baru tahun ini ayahnya buat,” kongsi Hawa sambil menahan sebak.

Untuk info, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini diberikan hukuman 18 tahun penjara selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Zulfarhan, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan.

Sumber: Kosmo

Related posts